Friday, 14 November 2014

Bagaimana untuk mengelakkan anak kencing malam???

Assalammualaikum semua.. saya rasa mungkin ibu bapa di luar sana mengalami pengalaman anak kencing malam kan.. saya pun begitu.. boleh di katakan setiap hari.. dan setiap hari la juga lah saya terpaksa menjemur toto, basuh selimut.. tahun ni anak berusia 5 tahun.. tahun depan dah 6 tahun.. mmg setiap malam sebelum masuk tidur suruh kencing dulu.. tapi tetap jugak kencing malam..hai laa.. hehe.. kadang2 suami atau saya yang akan kejut kan bangun kencing..tp ade hari-hari yang kita penat letih..terlajak tidur sampai terlupa nak kejut kan..alamat nyaa basah lah tilam..terfikir jugak apa yang anak-anak sekecil ini bermimpi yer?? adakah sejuk yang menyebabkan mereka kencing malam?? sekarang nie baru terpikir nak cari alternatif lain untuk elakkan anak dari kencing malam.. 




Hasil daripada blogwalking...ramai yang memberikan tip atau petua untuk mengelakkan anak dari kencing malam..salah satunya adalah.. Dengan menyediakan ramuan lebah. Perahkan sedikit limau nipis diatas sudu kecil bercampur dengan madu lebah dan suruh anak minum. Amalan ini perlu dilakukan pada setiap hari sebelah pada dan sebelum tidur. Mudah-mudahan anak kita nanti akan berhenti kencing malam atau sekurang-kurangnya kencing dia akan pada sebelah malam akan berkurang sehingga dia pandai control sendiri .

Selain dari itu adalah berikhtiar dengan mengurut labu betis anak sebelum tidur. Teknik adalah urutan menaik menggunakan apa-apa minyak urut seperti minyak gamat atau minyak tuna.

Antara cara yang di sarankan oleh Blog DrZubadi :-

1. Pastikan anak-anak tidak meminum air yang terlalu banyak sebelum tidur.
    (yg ni anak-anak ku semua mmg kuat minum air..camno)

2. Patikan anak-anak akan ke bilik air dulu untuk kencing malam
    (mmg ade pergi kencing sebelum tidur..tp still lagi kencing)

3. Berikan penghargaan apabila anak-anak berjaya mengelakkan kencing malam
    (bila anak ku tak kencing..mmg sgt2 puji dia..sbb berjaya)

4. Anak-anak boleh di minta bertanggungjawab ke atas tabiat di lakukan dengan membantu
    ibu bapa mengeringkan tilam dan menukar cadar. 
    
5. Latih lah anak-anak untuk menahan kencing untuk beberapa jam, agar pundi kencing 
    mereka dapat menahan di waktu malam. 
   (mmg berlatih setiap hari)

6. Terdapat beberapa sistem alarm yang dijual difarmasi bagi membantu kanak-kanak ini 
    bangun untuk kencing malam
    (belum lagi nak fikir beli sistem alarm,biar suami dan saya yg menjadi alarm)


Setelah banyak membaca tentang bagaimana mengatasi anak mengalami masalah kencing malam..saya patut lebih pratikkan apa yang diberi.. mudah-mudahkan tidak lagi hari-hari jemur toto..basuh selimut..hehe.. InsyaAllah..kita hanya berusaha..tuhan yang memberi.. 

Selingan :- Oh..saya juga memberi anak-anak saya vitamin tambahan daripada SHAKLEE iaitu Meal Shake , chewable vita c, Omega Guard.. Semua nya perkembangan otak, kecergasan dan kesihatan anak-anak..

Nak dapatkan jugak...


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Noor Syafinaz
♥ sms/whatsApp: 016-6154992
♥ Emel: effinaz_07@yahoo.com.my
♥ Fb: www.facebook.com/vitaeffinazshope


No comments:

Post a Comment