Menggaru adalah satu tindakbalas apabila kita merasa gatal… Rasa gatal kita garu. Gatal bukan satu penyakit tetapi adalah simptom atau gejala. Pada mula-mula menggaru kita merasa lega tetapi ia akan menjadi lebih gatal dan semakin kita menggaru sehinggakan kulit menjadi merah dan melecet.
Fakta tentang rasa gatal :
- Hujung-hujung saraf deria rasa gatal terdapat pada kulit
- Deria rasa gatal dan sakit dibawa oleh saraf yang sama tetapi diproses di bahagian otak yang lain
- Gatal boleh berlaku akibat rangsangan hujung saraf tersebut atau akibat tindakbalas tubuh menghasilkan histamin apabila terdedah kepada “pencetus” rasa gatal
- Menggaru adalah tindakbalas apabila merasa gatal
- Rasa gatal diikuti oleh menggaru boleh berterusan ( gatal-garu-gatal-garu) dan sukar untuk menghentikannya
Apakah punca rasa gatal ?
Gatal boleh timbul sebagai satu gejala tersendiri atau sebagai gejala kepada penyakit tertentu.
Antara punca gatal atau keadaan yang menyebabkan gatal adalah :
- Kulit kering
- Penyakit kulit : dermatitis, ekzema, psoriasis, parut, kelemumur
- Jangkitan kulit oleh kulat, kuman bakteria atau virus (cacar, HFMD)
- Gigitan serangga , kutu
- Alahan makanan, ubat, habuk dan lain-lain
- Persekitaran : cuaca sejuk atau panas, berpeluh, penggunaan pakaian dari bahan tertentu, sabun , pewangi dll
- Hormon : menopause, proses penuaan, kehamilan
- Penyakit lain : diabetes, masalah hati. buah pinggang, tiroid, kanser, limfoma, kesan sampingan ubat dll
- Psikologi : stress, kebimbangan (anxiety), tekanan
Benarkah menggaru boleh melegakan rasa gatal ?
Gatal dan sakit dibawa oleh saraf yang sama. Apabila sakit kita bertindakbalas dengan mengelakkan apa yang menyebabkan rasa sakit. Sebaliknya menggaru adalah tindakbalas terhadap rasa gatal.
Menggaru menimbulkan rasa sakit atau tidak selesa; akibatnya terdapat rangsangan pada saraf sakit mengatasi rangsangan gatal agar tubuh bertindakbalas dengan menghentikan menggaru. Hasilnya rasa gatal dirasakan seperti berkurangan. Walaubagaimanapun kesan ini adalah sekejap sahaja.
Tanpa kita sedari sebenarnya perbuatan menggaru tersebut telah merangsang lebih banyak hujung saraf untuk rasa gatal. Kita akan merasa lebih gatal dan akan menggaru dengan lebih lagi sehinggalah ianya membentuk seperti kitaran yang sukar untuk dihentikan.
Kesan buruk menggaru kulit ?
- Menggaru berterusan boleh menyebabkan kulit merah, melecet dan terluka. Akibatnya terdedah kepada risiko jangkitan.
- Menggaru kulit yang dijangkiti kulat, bakteria atau virus boleh menyebabkan penularan di bahagian kulit lain atau kepada individu lain yang bersentuhan
- Bahagian kulit yang digaru boleh menjadi kasar dan tebal
- Menggaru parut luka meningkatkan risiko pembentukan keloid (parut membesar)
Kenapa kulit menjadi merah dan bengkak apabila digaru ?
Apabila kulit digaru sel-sel di bawah lapisan kulit ( mast cells ) akan pecah dan mengeluarkan histamin. Histamin menyebabkan tisu sekeliling bahagian tersebut membengkak dan menjadi merah bertompok dipanggil ‘ gegata’.
Kesan ini kelihatan seperti kesan alahan pada kulit.
Bagaimana mencegah dan merawatnya ?
- Cegah pencetus kulit gatal : kenalpasti alahan seperti makanan, ubat, penggunaan kosmetik, atau pakaian berbulu…
- Penjagaan kulit : sentiasa pastikan kelembapan kulit dapat dikekalkan. Gunakan sabun lembut berpelembab dan losyen. Elakkan mandi terlalu kerap dan lama…
- Ubah gaya hidup : Amalkan pemakanan sihat dan bersenam serta penjagaan kebersihan diri, hentikan tabiat merokok, kawal tahap stress dll…
- Ubat-ubatan : seperti anti-histamin serta ubat sapuan ( losyen anti-gatal, krim dan ointment) dapat membantu mengawal gejala gatal
- Pemeriksaan lanjut adalah perlu untuk mengenalpasti punca sebenar gatal terutama rasa gatal yang menyeluruh ke seluruh tubuh dan gatal berpanjangan (kronik). Ia mungkin gejala kepada masalah lebih serius…
Apa anda boleh lakukan ?
- Elakkan menggaru
- Apabila merasa gatal letakkan tuala lembab pada kulit yang gatal kerana ia boleh meredakan rasa gatal dan mengurangkan keradangan….jadi kita tidak akan menggaru.
- Mandi air suam atau sejuk untuk melegakan rasa gatal
- Pakai pakaian longgar, kain kapas
- Pastikan kuku sentiasa pendek agar menggaru tidak melukakan kulit
- Bagi bayi kanak-kanak kecil gunakan sarung tangan untuk mengelakkan mereka menggaru
NOTA : menggaru tidak menghilangkan gatal. Rawatan punca sebenar adalah perlu untuk menghilangkannya atau rawatan untuk mengawal gejala tersebut.
Saya boleh cadangkan kepada mereka yang mengalami masalah kulit gatal dengan SUSTAINED RELEASE VITA C SHAKLEE..baca di sini kebaikan Vita C..
======================================================================
Hubungi sy untuk keterangan lanjut...
msg/whatsapp: 016-6154992
email: effinaz_07@yahoo.com.my
msg/whatsapp: 016-6154992
email: effinaz_07@yahoo.com.my
Fb: Vitaeffinazshope
=======================================================================
No comments:
Post a Comment