Bismmilah...Selamat pagi kepada pembaca sekelian..terima kasih kerana menjadi pengikut saya yang setia.. :)
Bukan anak saya tidak pandai
Bukan saya tidak pernah ajar
Lain rasanya belajar sesuatu yang baru dari ibu bapa
Salah satu azam bagi tahun 2015
Saya baru sedar
Lain rasanya mengajar anak sendiri mengaji ni
Bulan nie dah masuk bulan ke 4..anak-anak saya secara rasmi telah berguru dengan seorang ustaz untuk mengajar mengaji.. Bukan saya tidak mahu mengajar sendiri secara full time.. saya masih lagi mengajar mereka setiap hari..cuma bukan ikut sistem la..main redah jer..
Tapi sekarang..selepas balik mengaji jer..mesti 5 minit luangkan masa untuk semak balik ejaan dan sebutan.. Alhamdulillah..semakin lancar..
Nur Arissa Nazurah anak sulung berumur 6 tahun..semakin seronok belajar mengaji..dah sampai iqra 2..dah semakin lancar...excited tunjuk kat mama lepas balik mengaji..dah sampai muka surat mana.. serius saya seronok tgk perkembangan dia..
Ammar muazzam anak kedua berumur 4 tahun..masih iqra 1..semakin kuat ingatannya menghafal huruf2.. biarpun tidak lancar..tapi sesuai dengan umur dan perkembangan dia.. sbb saya tidak mahu memaksa ammar nie..dia nie jenis buas sikit..so kena main tarik tali sikit..lelaki la katakan..
Memandangkan kelas mengaji start 7.30-8.30 malam selama satu jam..saya terpaksa displin kan diorang nie..kak long(anak sulung) balik sekolah saya kena pesan kat ibu(pengasuh) dengan paksa kak long tidur..sbbb kak long ni jenis susah tidur siang..saya pesan kena tidur jgk..nanti tak lah bila nak pegi mangaji nanti mata kuyu jer nak tidur..
Ammar pulak dia senang nak tidur..jadi waktu nak pergi ngaji dia banyak kerenah.. nak gula-gula, nak makan..dan yang penting saya kena bagi dia susu sebotol supaya dia cergas balik..sebab ammar nie mmg kuat susu..kalu tak dapat susu dia lembik..hehehe...haish anak..macam-macam kerenah.. nak buat cam ner kan.. kita sebagai ibu bapa kena bersabar jer lah...
Oh..saya jugak siapkan vitamin untuk mereka..supaya antiboti dan ingatan mereka kuat..
tulah masa yang paling bahagia bila kita berkasih sayang hanya keranaNya.
Semoga kawan2 saya pun punyai azam seperti itu.
Kepada yang sudah lama mengajar anak konsisten setiap hari, bolehlah share tips ya.
Kepada yang masih berusaha, semoga usaha kita diberkati. Amin ya Rab.
Sekian terima kasih
Love
Syafinaz aka Pinat
No comments:
Post a Comment