Thursday, 23 January 2014

Definisi Perniagaan

Perniagaan dalam bahasa mudahnya adalah apa jua organisasi yang bermotifkan keuntungan maka ianya adalah sebuah perniagaan. Mari kita lihat kepada beberapa persoalan dibawah berkaitan perniagaan.
Bagaimana dengan seorang individu yang menjual pen dan ada yang membelinya, adakah ini perniagaan? Jawapannya tidak.
Bagaimana pula dengan seorang individu yang menjual pelbagai barangan dan ramai orang membelinya, adakah ini perniagaan? Jawapannya pun tidak.
Bagaimana pula dengan MLM, adakah kalau kita menjual sesuatu produk MLM dianggap sebagai perniagaan? Jawapannya ya. Suatu syarikat yang menjalankan MLM adalah perniagaan dan ahlinya yang menjual barangan produk tersebut secara tidak langsung juga menjalankan perniagaan. Tanpa ahli perlu membuka sebuah syarikat.
Ia akan dianggap perniagaan bila mana ia terdapat aktiviti dan usaha yang menyediakan barangan dan perkhidmatan yang perlu untuk suatu sistem ekonomi dan dianggap perniagaan bila mana ia mendaftar sebagai sebuah syarikat iaitu pemilikan tunggal, perkongsian, sendirian berhad atau berhad. Sesebuah perniagaan harus menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dan masyarakat.
Berlainan pula dengan perniagaan di dalam Islam, selain mesti memenuhi tuntutan syariah, halal dan haram. Perniagaan bukan lagi bermotifkan keuntungan (profit) tetapi keberkatan (barakah). Asasnya jelas iaitu mencari keredhaan Allah, rezeki ditentukan oleh Allah dan soal jawab di akhirat kelak, kerana paling berat hukuman nya adalah kepada peniaga yang tidak jujur. Di mana kalau kita mendalami keusahawanan Islam, kita dapat lihat sumbangan yang lebih besar kepada kesejahteraan ekonomi negara dan masyarakat.
Di atas adalah tafsiran jelas mengenai perniagaan. Namun tidak kira apa definisi rasminya, selagi terdapat urusan jual dan beli dan keuntungan/keberkatan kepada penjual ia boleh lah dianggap perniagaan.
Jujur dan amanah pada diri sendiri penting untuk sesuatu perniagaan bertahan lama. Mengkhianati pelanggan dan menggunakan duit syarikat untuk urusan selain daripada kegunaan syarikat adalah perkara yang tidak patut dilakukan sama sekali.
Persaingan wujud di mana sahaja, seseorang peniaga dan usahawan perlu memperbaiki dan membangunkan diri seiring dengan teknologi dan perkembangan semasa supaya sentiasa kelihatan segar dan berkembang. Ilmu perlu dipertingkatkan namun fokus dan masa harus diberi keutamaan kepada perniagaan.

Sumber dari http://azriyusof.com/

No comments:

Post a Comment