Anda tentu inginkan kesihatan yang sihat dan baik..semua inginkan nya..
tapi ape yang kita perlu lakukan untuk menjaga kesihatan dengan sebaik-baiknya..
selain daripada bersenam, jaga permakanan dan sebagainya..
Kesihatan
amat penting dalam menjamin keceriaan hidup setiap individu. Kesihatan
merujuk satu keadaan tubuh badan yang tidak mengalami sebarang masalah
seperti ada penyakit kencing manis dan mudah diserang
penyakit berjangkit lain. ada pelbagai langkah yang boeh diamalkan oleh
seseorang untuk memiliki tahap kesihatan yang baik.
Gaya
hidup yang sihat merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan.
Insan yang sihat pastinya dapat memainkan peranan aktif terhadap
pembangunan agama, bangsa dan Negara. Pertubuhan kesihatan Sedunia (WHO, 1948) mendefinisikan kesihatan sebagai
suatu keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, sergas, cerdas
serta bebas dari sebarang penyakit.berlandaskan keadaan sosial dan
masyarakat. Definisi ini menegaskan bahawa kesihatan ditunjangi oleh
faktor fizikal dan mental dan sosial yang sihat, berfungsi,cergas serta
tidak diancam oleh sebarang penyakit yang boleh memudaratkan insan.
Tabiat
pengambilan makanan sememangnya penting terhadap tubuh manusia,
terutama apabila ia bakal memberi kesan kepada kesihatan. Justeru,
sangat diutamakan kepada individu mengetahui jenis makanan diambil
sesuai dengan keperluan badan, terutama bagi yang gemar mengambil
makanan seperti sayuran, bijirin dan buah-buahan berikutan lebih
mengemari makanan tinggi dengan gula, garam dan berminyak. Disebabkan
corak pemakanan sedemikian, seakan-akan lumrah pada masa kini apabila
timbul pelbagai masalah kesihatan yang selalunya berpunca daripada
pengambilan gula secara berlebihan dan tinggi dengan lemak dan kolestrol
sehingga menyebabkan seseorang itu mudah diserang diabetes, darah
tinggi serta lemah jantung.
Sebenarnya
pengambilan makanan mengandungi tinggi lemak serta gula bukan sahaja
boleh menyumbang kepada masalah kegemukan dan menyebabkan obesiti, malah
faktor gabungan kedua-duanya mengundang kedatangan penyakit kencing
manis atau diabetes. Diabetes
berlaku apabila insulin yang di hasilkan tubuh kurang daripada jumlah
gula dalam darah, menyebabkan jumlah gula digunakan tidak dapat di serap
serta di gunakan sebaik-baiknya oleh tubuh. Dengan
kewujudan penyakit diabetes, kebiasaan pengidapnya turut mempunyai
risiko lebih tinggi untuk mendapat pelbagai penyakit sampingan . Justeru itu pengambilan makanan seimbang amatlah penting seperti yang di tunjukan dalam sistem piramid makanan.
Sudah
pasti semua sudah sedia maklum tentang keperluan nutrisi makanan dalam
sistem piramid.adalah sangat penting untuk tubuh badan. Dengan
gaya hidup moden yang serba pantas hari ini, golongan yang bekerja
mudah mengabaikan diet dan sajian tetap. Pengantungan yang tinggi pada
makanan segera selalu mengakibatkan pengambilan lemak tepu, kolestrol,
gula ringkas dan sodium yang tinggi. Mereka tidak mengambil hidangan
yang secukupnya pasti akan kekeurangan nutrient penting yang diperlukan
tubuh badan mereka. Pengambilan
susu dan produk susu yang mencukupi sejak peringkat awal usia dan
seterusnya disepanjang hayat dapat membantu menjadikan tulang lebih kuat
dan melindunginya penyakit seperti osteoporosis( tulang rapuh dan
lemah) pada usia lanjut. Kandungan
kalsium dan fosforus yang tinggi dalam susu dan produk susu juga
memberi manfaat kepada pertumbuhan dan pemeliharaan gigi yang sihat. Setiap
makanan yang kita pilih haruslah seimbang dengan keperluan harian kita
agar badan sentiasa sihat dan tidak lesu. Sentiasalah peka dengan setiap
perubahan tubuh badan sendiri agar tidak mengabaikan kesihatan diri.
Pilihlah
aktiviti menyeronokkan dan mampu mengekalkan kesihatan badan seperti
berjalan pantas,berenang atau berbasikal secara berkumpulan, kerana
senaman yang dilakukan secara teratur dan berterusan membantu
mengembalikan paras gula ke julat normal selain bantuan pemakanan yang
membantu sistem dalam tubuh. Aspek
pemakanan amat penting dalam menjamin kesihatan yang baik. Seseorang
harus mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat dalam
kehidupannya. Diet yang seimbang memastikan tubuh badan seseorang memilikii
semua zat-zat yang diperlukan oleh seseorang itu. Jadi, pemakanan yang sebegini
memberikan tahap kesihatan yang baik.
Selain
itu, seseorang harus mengamalkan aktiviti senaman yang tetap. Tindakan
melakukan senaman dua atau tiga kali seminggu menyebabkan tubuh badan
seseorang berfungsi dengan baik kerana semua toksik telah dikeuarkan
menerusi peluh. Rasa tekanan atau stres turut berupaya dihilangkan
menerusi senaman yang dilakuan itu. Oleh itu, untuk memperoleh kesihatan
yang baik kita harus melakukan senaman yang konsisten.
Seseorang
itu juga harus memiliki waktu tidur yang cukup terutama apabila umur
mereka semakin meningkat. Tidur yang cukup ini memastikan badan
seseorang menerima rehat yang secukupnya selepas penat bekerja terutama
di pejabat. Keadaan ini turut memberikan seseorang itu tenaga untuk
meneruskan aktivitinya pada esok hari. Maka, waktu tidur yang secukupnya
memberi ruang kepada seseorang itu untuk terus memiliki kesihatan yang
baik. Malahan, pemeriksaan kesihatan yang dibuat sepanjang tahun boleh
memberi satu
perspektif yang baik tentang tahap kesihatan seseorang itu. Pemeriksaan yang
kerap ini menyebabkan seseorang itu mengetahui keadaan kesihatan badan mereka
dan melakukan beberapa perubahan untuk memastikan mereka dalam keadaan
yang seimbang. Sesungguhnya, pemeriksaan kesihatan yang kerap akan
memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik.
Kesimpulannya
kesihatan amat penting dalam menjalani kehidupan seharian. Jika tubuh
tidak mempunyai tahap kesihatan yang baik, nescaya segala kegiatan atau
aktiviti tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Oleh itu bagi
menjamin kesejahteraan dalam kesihatan, kita tidak perlu mengejar
kekayaan dan mengabaikan aktiviti yang berfaedah seperti bersukan dalam
kegiatan seharian.