Thursday, 4 December 2014

20 SEBAB KENAPA SHAKLEE

Assalamualaikum semua..

Nak share dengan korang semua..mengapa?kenapa?bagaimana?


20 SEBAB KENAPA SHAKLEE?

1. Kekuatan produk. Produk yg bagus. Shaklee berasaskan bahan semulajadi, melalui kajian terperinci & ujian yg ketat. Shaklee berdaftar dgn KKM & yg paling penting disahkan halal. Lebih 57 tahun. The Shaklee Difference ~ Always Safe, Always Works, Always Green.

2. Syarikat yg mempunyai kredibiliti dan integriti yang tinggi. Sudah 57 tahun di dunia. Dah established.

3. Sistem yg adil & terbukti. Yang paling penting patuh syariah.

4. Shaklee bayar bonus yg tinggi pd pengedarnya, 50% drp keuntungan syarikat (satu ciri syarikat yg baik). Banyak sangat benefit selain cash bonus, ada car bonus & mcm2 insentif. Satu peluang yg sangat besar. Shaklee sgt menghargai pengedarnya.

5. Satu bisnes yg boleh diwariskan pada anak cucu.

6. Income yg tidak terhad (unlimited income). Boleh jadi passive income dan pelan untuk persaraan. Berpencen dgn Shaklee!

7. Bisnes produk kecantikan & kesihatan adalah antara bisnes yg terbaik, seperti mana pernah dikatakan oleh DAO & Faisal Abdullah. Industri yg bernilai billion dollar, termasuk di Malaysia.

8. Tidak perlukan modal utk mulakan bisnes. Tak perlu buat pinjaman bank dan tak perlu berhutang dengan sesiapa.

9. Boleh dilakukan 100% dari rumah. Home-based business.

10. Tak perlukan premis perniagaan. Kan mahal nak sewa kedai.

11. Tak perlu simpan stok yg banyak. Tak ada stok langsung pun boleh.

12. Hampir tiada risiko rugi, barang rosak, tak laku dsb. Biasanya dlm bisnes, high risk high return.. tp Shaklee.. no risk tp high return.. mana nak cari.

13. Kalis recession (kalis kemelesetan ekonomi), insya Allah. Maksudnya dlm keadaan ekonomi bagus atau tidak, orang tetap akan beli. Orang tetap perlukan suplemen & produk kesihatan.

14. Peluang perniagaan online yg sangat besar, seperti mana kajian oleh SKMM & Paypal berkenaan peningkatan pembeli online & nilai yg dibelanjakan secara online meningkat sehingga berbillion ringgit. Drp kajian seorang pensyarah di Malaysia (yg terbaru), bisnes online lahirkan paling ramai jutawan. Kaitannya dgn Shaklee? Shaklee boleh dibuat 100% secara online, lebih2 lagi kita ada online system.

15. Syarat utk berjaya dlm bisnes adalah M.E.S.T.I. Mentor, Elmu, Sistem, Tindakan & Impian. Ramai yg dah berjaya dapat income sehingga 6-7 angka sebulan. Dlm Shaklee, kita dah ada mentor & sistem yg dah tersedia.. malah, peluang menuntut ilmu yg sentiasa terbuka luas… tinggal lagi TINDAKAN & IMPIAN saja utk berjaya.

16. Shaklee menyumbang kepada kepimpinan alam sekitar sejak 5 dekad yg lalu. Syarikat pertama di dunia yg memperolehi pensijilan "Climate neutral". Kita sokong Shaklee, kita juga menyokong usaha ke atas alam sekitar yg lebih baik. GO GREEN.

17. Blh jd MLM pahala… peluang utk dpt pahala yg berpanjangan, walaupun kita sudah tiada di dunia ini (drp ilmu yg dicurahkan generasi demi generasi… menjadi ilmu yg bermanfaat)

18. Income yg berpanjangan, dgn itu blh jadi amal yg berpanjangan… walaupun kita sudah tiada di dunia ini (seperti yg dijelaskan).

19. Donald Trump & Robert Kiyosaki pun sokong MLM. Juga DAO, pun sokong MLM. Justeru, kenapa tidak?

20. Suplemen Shaklee sbg alternatif kpd ubatan kimia & drugs (ini lbh kpd sebab peribadi tp satu sebab yg penting juga utk diri sy.. Shaklee jauh lg selamat drp ubat yg ada byk side effect). Shaklee utk mencegah… kerana mencegah lebih baik drp merawat..

Nak join shaklee bersama saya.. 
Anda berpeluang menjana pendapatan sampingan 3,4,5 atau 6 angka..
Di beri bimbingan dan group support yang sangat aktif..

Kreadit :kak long nazula..
======================================================================
Hubungi sy untuk keterangan lanjut...

msg/whatsapp: 016-6154992
email: effinaz_07@yahoo.com.my
Fb: Vitaeffinazshope
=======================================================================

Mengapa kulit menjadi gatal?

Menggaru adalah satu tindakbalas apabila kita merasa gatal… Rasa gatal kita garu. Gatal bukan satu penyakit tetapi adalah simptom atau gejala. Pada mula-mula menggaru kita merasa lega tetapi ia akan menjadi lebih gatal dan semakin kita menggaru sehinggakan kulit menjadi merah dan melecet.
Fakta tentang rasa gatal :
  • Hujung-hujung saraf deria rasa gatal terdapat pada kulit
  • Deria rasa gatal dan sakit dibawa oleh saraf yang sama tetapi diproses di bahagian otak yang lain
  • Gatal boleh berlaku akibat rangsangan hujung saraf tersebut atau akibat tindakbalas tubuh menghasilkan histamin apabila terdedah kepada “pencetus” rasa gatal
  • Menggaru adalah tindakbalas apabila merasa gatal
  • Rasa gatal diikuti oleh menggaru boleh berterusan ( gatal-garu-gatal-garu) dan sukar untuk menghentikannya


Apakah punca rasa gatal ?
Gatal boleh timbul sebagai satu gejala tersendiri atau sebagai gejala kepada penyakit tertentu.
Antara punca gatal atau keadaan yang menyebabkan gatal adalah :
  • Kulit kering
  • Penyakit  kulit : dermatitis, ekzema, psoriasis, parut, kelemumur
  • Jangkitan kulit oleh kulat, kuman bakteria atau virus (cacar, HFMD)
  • Gigitan serangga , kutu
  • Alahan makanan, ubat, habuk dan lain-lain
  • Persekitaran : cuaca sejuk atau panas, berpeluh, penggunaan pakaian dari bahan tertentu, sabun , pewangi dll
  • Hormon : menopause, proses penuaan, kehamilan
  • Penyakit lain : diabetes, masalah hati. buah pinggang, tiroid, kanser, limfoma, kesan sampingan ubat dll
  • Psikologi : stress, kebimbangan (anxiety), tekanan
Benarkah menggaru boleh melegakan rasa gatal ?
 Gatal dan sakit dibawa oleh saraf yang sama. Apabila sakit kita bertindakbalas dengan mengelakkan apa yang menyebabkan rasa sakit. Sebaliknya menggaru adalah tindakbalas terhadap rasa gatal.
Menggaru menimbulkan rasa sakit atau tidak selesa; akibatnya terdapat rangsangan pada saraf sakit mengatasi rangsangan gatal agar tubuh bertindakbalas dengan menghentikan menggaru. Hasilnya rasa gatal dirasakan seperti berkurangan. Walaubagaimanapun kesan ini adalah sekejap sahaja.
Tanpa kita sedari sebenarnya perbuatan menggaru tersebut telah merangsang lebih banyak hujung saraf untuk rasa gatal. Kita akan merasa lebih gatal dan akan menggaru dengan lebih lagi sehinggalah ianya membentuk seperti kitaran yang sukar untuk dihentikan.
Kesan buruk menggaru kulit ?
  • Menggaru berterusan boleh menyebabkan kulit merah, melecet dan terluka. Akibatnya terdedah kepada risiko jangkitan.
  • Menggaru kulit yang dijangkiti kulat, bakteria atau virus boleh menyebabkan penularan di bahagian kulit lain atau kepada individu lain  yang bersentuhan
  • Bahagian kulit yang digaru boleh menjadi kasar dan tebal
  • Menggaru parut luka meningkatkan risiko pembentukan keloid (parut membesar)
Kenapa kulit menjadi merah dan bengkak apabila digaru ?
Apabila kulit digaru sel-sel di bawah lapisan kulit ( mast cells ) akan pecah dan mengeluarkan histamin. Histamin menyebabkan tisu sekeliling bahagian tersebut membengkak dan menjadi merah bertompok dipanggil ‘ gegata’.
Kesan ini kelihatan seperti kesan alahan pada kulit.
Bagaimana mencegah dan merawatnya ?
  • Cegah pencetus kulit gatal : kenalpasti alahan seperti makanan, ubat, penggunaan kosmetik, atau pakaian berbulu…
  • Penjagaan kulit : sentiasa pastikan kelembapan kulit dapat dikekalkan. Gunakan sabun lembut berpelembab dan losyen. Elakkan mandi terlalu kerap dan lama…
  • Ubah gaya hidup : Amalkan pemakanan sihat dan bersenam serta penjagaan kebersihan diri, hentikan tabiat merokok, kawal tahap stress dll…
  • Ubat-ubatan : seperti anti-histamin serta ubat sapuan ( losyen anti-gatal, krim dan ointment) dapat membantu mengawal gejala gatal
  • Pemeriksaan lanjut adalah perlu untuk mengenalpasti punca sebenar gatal terutama rasa gatal yang menyeluruh ke seluruh tubuh dan gatal berpanjangan (kronik). Ia mungkin gejala kepada masalah lebih serius…
Apa anda boleh lakukan ?  
  • Elakkan menggaru
  • Apabila merasa gatal letakkan tuala lembab pada kulit yang gatal kerana ia boleh meredakan rasa gatal dan mengurangkan keradangan….jadi kita tidak akan menggaru.
  • Mandi air suam atau sejuk untuk melegakan rasa gatal
  • Pakai pakaian longgar, kain kapas
  • Pastikan kuku sentiasa pendek agar menggaru tidak melukakan kulit
  • Bagi bayi kanak-kanak kecil gunakan sarung tangan untuk mengelakkan mereka menggaru

NOTA : menggaru tidak menghilangkan gatal. Rawatan punca sebenar adalah perlu untuk menghilangkannya atau rawatan untuk mengawal gejala tersebut.
Saya boleh cadangkan kepada mereka yang mengalami masalah kulit gatal dengan SUSTAINED RELEASE VITA C SHAKLEE..baca di sini kebaikan Vita C..
======================================================================
Hubungi sy untuk keterangan lanjut...

msg/whatsapp: 016-6154992
email: effinaz_07@yahoo.com.my
Fb: Vitaeffinazshope
=======================================================================

Tuesday, 25 November 2014

Fakta tentang KALSIUM..

Kalsium adalah sangat penting dalam tubuh manusia. Jika tiada kalsium tulang dan antibodi semua lemah,kerana tiada sokongan daripada kalsium. Jom kita kenali fakta tentang kalsium dulu. 
  • Kalsium adalah penting bagi pertumbuhan normal dan penjagaan tulang dan gigi, dan keperluan kalsium haruslah dikecapi sepanjang hayat.
  • Keperluan adalah paling tinggi semasa peringkat pertumbuhan, seperti peringkat kanak-kanak, semasa mengandung dan semasa penyusuan bayi.
  • Kekurangan kalsium pada jangka masa panjang boleh mengakibatkan osteoporosis, di mana tulang semakin merosot dan peningkatan risiko retak/patah tulang.
  • Keperluan kalsium boleh dicapai dengan memakan atau meminum sekurang-kurangnya 3 ke 4 sajian keluaran tenusu setiap hari.Sesetengah keluaran tenusu, seperti keju keras dan susu lengkap, mengandungi kandungan lemak tepu yang agak banyak, yang boleh menyumbang kepada penyakit kardiovaskular. Oleh sebab itu, diet yang melibatkan keluaran tenusu rendah lemak haruslah diambil kira. Beraneka jenis keju rendah lemak yang dihasilkan daripada susu separa skim, seperti mozzarella, ricotta, keju kotej boleh dipilih.
  • Untuk orang yang mempunyai intolerans atau alah kepada keluaran tenusu, pengganti seperti susu soya biasanya mengandungi kalsium yang dicampur dalamnya.
  • Kalsium karbonat adalah bahan tambahan yang paling biasa dan yang kurang mahal. Akan tetapi, ia amat sukar untuk dicerna dan akan menyebabkan sendawa pada sebahagian orang.
  • Pengambilan magnesium bersama dengan kalsium dapat membantu mencegah sembelit. Kalsium karbonat mengandungi 40% unsur kalsium iaitu, 1000 mg akan membekalkan 400 mg kalsium. Pengambilan bersama makanan dapat membantu penyerapan.
  • Kalsium sitrat lebih mudah diserap (keperolehan biologinya 2.5 kali ganda lebih tinggi daripada kalsium karbonat), lebih mudah dicerna dan berkemungkinan rendah untuk menyebabkan sembelit dan sendawa berbanding dengan kalsium karbonat. Ia juga mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menyumbang kepada pembentukan karang ginjal. Kalsium sitrat mengandungi 21% unsur kalsium. 1000 mg akan membekalkan 210 mg kalsium. Ia lebih mahal berbanding kalsium karbonat dan lebih banyak harus diambil untuk memperoleh jumlah kalsium yang sama seperti kalsium karbonat.
  • Kalsium fosfat adalah lebih mahal berbanding kalsium karbonat, tetapi kurang daripada kalsium sitrat. Ia mudah diserap dan berkemungkinan rendah untuk mengakibatkan sembelit dan sendawa berbanding kedua-dua di atas.
  • Kalsium laktat dan kalsium aspartat kesua-duanya lebih mudah dicerna, tetapi lebih mahal daripada kalsium karbonat.



Salam Sayang
syafinaz

Monday, 24 November 2014

Testimoni OMEGA GUARD

Bergitu ramai yang telah mencuba omega guard nie..dan dah banyak testimoni yang di berikan oleh semua pelanggan omega guard.. Mari kita lihat beberapa testimoni pengguna yang telah menggunakan omega guard ni.. 

Mencuba omega untuk mengelakkan jangkitan selesama dan demam untuk anak selain daripada mendapatkan rangsangan perkembangan otak kanak-kanak. 


Alhamdulillah.. Omega telah membantu puan adilah bagi menghilangkan ezema yang dialami.




Puan Khadeejah Hasmad memberikan anaknya Omega Guard kerana eczema.. Alhamdulillah, hasil usaha dan doa yang tidak putus-putus, eczema anaknya berkurangan..




Kebanyakkan ibu-ibu yang menggunakan omega ini adalah untuk perkembangan anak-anak mereka dan yang paling penting sekali adalah Omega ini boleh membantu menaikkan sistem imunisasi mereka dengan selamat. Tidak mengalami demam yang belarutan, selesama yang teruk, kahak yang banyak. InsyaAllah menggunakan dan mengamalkan Omega Guard shaklee akan berhasil. 

=======================================================================
Jadi, tunggu apa lagi.. Grab Omega Guard cepat!
Hubungi sy untuk keterangan lanjut...

msg/whatsapp: 016-6154992
email: effinaz_07@yahoo.com.my
Fb: Vitaeffinazshope
=======================================================================

Friday, 21 November 2014

Susu ibu yang terbaik buat bayi

Setiap wanita yang melahirkan anak, mesti akan merasai untuk menyusukan bayi kan..biar pun sudah 3 kali saya melahirkan anak..anak-anak masih mendapat dan menikmati susu dari pada saya..alhamdulillah..biarkan tidak sampai 2 tahun tapi saya bersyukur kerana masih berpeluang untuk menyusukan.. Saya rindu untuk menyusukan baby :)) oh Tp bukan sekarang.. Insyaallah akan datang..

KEBAIKAN SUSU IBU KEPADA BAYI
1. Bayi menerima nutrisi yang paling lengkap dan optimum untuk tumbesaran bayi.
2. Bayi lebih senang menghadam susu ibu dari susu formula, mengurangkan risiko sembelit,kolik, dan gangguan perut yang lain.
3. Sistem imun bayi lebih kuat di mana bayi dilindungi daripada jangkitan, alergi, asma,kencing manis,obesiti,dan penyakit2 lain.
4. Tidak mengandungi bahan-bahan kimia merupakan salah satu kebaikan susu ibu.
5. Bayi akan lebih cerdik di mana susu ibu meningkatkan perkembangan sistem otak dan saraf.
6. Mengeratkan ikatan emosi di antara ibu dan bayi.
7. Penyusuan susu ibu memainkan peranan penting dalam pembangunan emosi dan rohani bayi.

APAKAH KEBAIKAN BUAT IBU??
1. Susu ibu adalah percuma boleh menjimatkan kos harian.
2. Penyusuan membantu pengecutan uterus,serta mengurangkan risiko terhadap kanser payudara,rahim dan ovari.
3. Menyusukan anak membantu mengurangkan berat badan ibu kerana Penyusuan membakar kalori.

Perkongsian kita sesama kita. Kita sebagai ibu bapa akan memberikan yang terbaik buat anak-anak.

Perlukan supplements untuk perkembangan otak anak anda..

Boleh hubungi saya
Syafinaz
016-6164992
Fb: vitaeffinazshope
Email : effinaz_07@yahoo.com.my

Tuesday, 18 November 2014

Hilangkan KEPUTIHAN dengan Alfalfa

Setiap wanita saya rasa mungkin dan pernah mengalami masalah keputihan..sama ada sikit atau banyak.. sama ada berbau atau tidak..

Keputihan atau Fluor Albus sebenarnya merupakan rembesan faraj abnormal pada wanita. Keputihan yang disebabkan oleh jangkitan biasanya disertai dengan rasa gatal di dalam faraj dan di sekitar bibir faraj bahagian luar. Yang sering menimbulkan keputihan ini antara lain bakteria, virus, cendawan, atau juga parasit. Jangkitan ini dapat menjalar dan menimbulkan paradangan ke saluran kencing, sehingga menimbulkan rasa pedih saat pesakit buang air kecil.

Salah satu jenis keputihan adalah Keputihan Patologis, yang merupakan keputihan yang tidak normal yang terjadi kerana jangkitan pada faraj, adanya benda asing pada faraj atau kerana keganasan. Jangkitan boleh sebagai akibat dari virus, bakteria, kulat, dan parasit bersel satu Trichomonas vaginalis. Dapat pula disebabkan oleh iritasi kerana pelbagai sebab seperti iritasi akibat bahan pembersihan faraj, iritasi saat berhubungan seksual, penggunaan tampon, dan alat kontrasepsi. Jangkitan virus, bakteria, dan parasit bersel satu umumnya didapatkan saat melakukan aktiviti seksual.

Keputihan berasal dari Vulva, Faraj, Servik uteri, korpus uteri dan Tuba, Adapun gejala keputihan sebagai berikut: 

  1. Keluarnya cecair berwarnah putih kekuningan atau putih berbau dari saluran faraj. Cecair ini dapat mencairkan atau kental dan kadang-kadang berbuih. Mungkin gejala ini merupakan proses biasa sebelum atau sesudah haid pada wanita tertentu. 
  2. Pada pesakit tertentu, terdapat rasa gatal yang menyertai (biasanya keputihan yang normal tidak disertai dengan rasa gatal. Keputihan juga dapat dialami oleh wanita yang terlalu lelah atau yang daya tahan tubuhnya lemah. Sebahagian besar cecair tersebut berasal dari leher rahim, walaupun ada yang berasal dari faraj yang dijangkiti atau alat kelamin luar) 
  3. Pada bayi perempuan yang baru lahir, dalam masa satu hingga sepuluh hari dari faraj boleh mengeluarkan cecair akibat pengaruh hormon yang dihasilkan oleh plasenta atau air kencing
  4. Pada gadis muda, keputihan dialami sebelum baligh, biasanya gejala ini akan hilang dengan sendirinya.
Adapun penyebab keputihan antara lain: 
  1. Sering memakai tissue saat membasuh bahagian kewanitaan, sehabis buang air kecil maupun buang air besar 
  2. Memakai pakaian dalam yang ketat dari bahan sintetis 
  3. Sering menggunakan WC Umum yg kotor 
  4. Tidak mengganti panty liner 
  5. Membilas vagina dari arah yang salah. Yaitu dari ke arah anus ke arah depan vagina 
  6. Sering bertukar celana dalam/handuk dgn orang lain 
  7. Kurang menjaga kebersihan vagina 
  8. Kelelahan yang amat sangat 
  9. Stress 
  10. Tidak segera mengganti pembalut saat menstruasi 
  11. Memakai sembarang sabun untuk membasuh vagina 
  12. Tidak mejalani pola hidup sehat (makan tidak teratur, tidak pernah olah raga, tidur kurang) 
  13. Tinggal di daerah tropis yang lembap 
  14. Lingkungan sanitasi yang kotor. 
  15. Sering mandi berendam dengan air hangat dan panas. Jamur yang menyebabkan keputihan lebih mungkin tumbuh di kondisi hangat. 
  16. Sering berganti pasangan dalam berhubungan sex 
  17. Kadar gula darah tinggi 
  18. Hormon yang tidak seimbang 
  19. Sering menggaruk vagina

Untuk mencegah keputihan, perhatikan cara-cara sebagai berikut: 

  1. Menjaga kebersihan di kawasan faraj dan sekitarnya. Jangan menggunakan sabun yang terlalu keras, atau pH-nya basa. Gunakan sabun yang telah disyorkan oleh doktor, yang mempunyai pH seimbang. 
  2. Sebaiknya tidak menggunakan curahan faraj secara mendalam bila tidak ada petunjuk. Karena justru membunuh bakteria yang diperlukan dan mencegah terbentuknya flora normal didalam faraj. Flora normal justru membuat suasana menjadi asam. Suasana asam itulah yang sebetulnya merupakan pertahanan didalam faraj, supaya sumber penyakit tidak boleh hidup selesa. Jika PH di naikkan menjadi asas atau neutral maka bakteria patogen boleh hidup selesa dan berkembang biak. 
  3. Pasangan seksual juga perlu menjaga kebersihan kelamin. Jangan menghantar penyakit kepada pasangannya. 
  4. Biasakan membasuh faraj dengan cara yang benar, yaitu dengan gerakan dari depan kebelakang. Cuci dengan air bersih setiap buang air dan mandi. Membasuh faraj lebih sering dalam satu hari sangat membantu mngurangi kelembapan kerana akan menghilangkan sisa cecair, najis, dan keringat. Lebih di anjurkan tidak menggunakan cecair pencuci, cukup dengan sabun biasa seperti digunakan untuk mandi. Sebab beberapa pembilas faraj yang mengandungi desinfektan justru akan mematikan flora (bakteria) normal yang diperlukan untuk menjaga pertahanan pada faraj. Biasakan mencuci tangan sebersih-bersihnya sebelum digunakan untuk membasuh. 
  5. Menggunakan pantyliner perlu diganti 3 - 4 jam. Pantyliner yang sudah basah justru dapat menjadi sarang bakteria kerana telah lembab. Prinsipnya, sering-seringlah menukar pantyliner.
  6. Saat haid, pembalut juga perlu diganti sekerap mungkin. Darah merupakan media yang baik untuk pertumbuhan kuman. 
  7. Elakkan terlalu kerap menggunakan bedak talk di sekitar faraj, tisu harum atau tisu tandas, hal itu akan membuat faraj kerap jengkel
  8. Elakkan suasana faraj lembab berpanjangan kerana pemakaian seluar dalam yang basah, jarang di ganti, tidak menyerap peluh, atau memakai seluar jeans terlalu ketat.
  9. Perhatikan keadaan persekitaran. Keputihan boleh timbul melalui air yng tidak bersih, jadi bersihkan tab mandi, ember, ciduk, menara air dan bibir bidet dengan antiseptik untuk mengelakkan berkembangbiaknya kuman.

Wanita yang mengalami keputihan ini tidak perlu melakukan rawatan. Rawatan cukup dengan air rebusan daun sirih atau sabun-sabun pembersihan faraj yang banyak dijual di pasaran. Akan tetapi, penggunaan sabun ini tidak boleh berlebihan kerana boleh mematikan flora doderleins yang berguna untuk menjaga tahap keasidan di dalam faraj.


Sumber:- Info kesihatan

Selain daripada itu anda juga mungkin dapat mencegahnya dengan mengamalkan supplement. Supplement yang di cadangkan oleh saya untuk wanita yang mengalami keputihan ini adalah :

1. Alfalfa - 

Alfalfa Shaklee adalah herba sangat bagus untuk kesihatan dalaman wanita. Bersifat panas dan membantu untuk mengeringkan keputihan dan menghalang jangkitan kuman. 

2. Garlic - 

Garlic Shaklee yang bersifat antibiotik tinggi membantu menghalang sebarang jangkitan kuman, kulat ataupun yis. Cadangan pengambilan adalah 2 biji sehari iaitu membekalkan 1000mg ekstrak bawang putih bersamaan dengan 2 ulas bawang putih.  

Testimoni Alfalfa :- 

 Saya Sendiri "Mengamalkan alfalfa untuk seminggu sahaja secara konsisten, alhamdulillah..hanya seminggu keputihan saya semakin hilang..tidak perlu memakai pantyliner lagi..dan sangat selesa bila berjalan..walau dah hilang saya masih lagi mengamalkannya hingga sekarang.."




Ingin tahu lebih detail tentang produk
Ingin menjana pendapatan sampingan

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Noor Syafinaz
♥ sms/whatsApp: 016-6154992
♥ Emel: effinaz_07@yahoo.com.my
♥ Fb: www.facebook.com/vitaeffinazshope


  

Friday, 14 November 2014

Bagaimana untuk mengelakkan anak kencing malam???

Assalammualaikum semua.. saya rasa mungkin ibu bapa di luar sana mengalami pengalaman anak kencing malam kan.. saya pun begitu.. boleh di katakan setiap hari.. dan setiap hari la juga lah saya terpaksa menjemur toto, basuh selimut.. tahun ni anak berusia 5 tahun.. tahun depan dah 6 tahun.. mmg setiap malam sebelum masuk tidur suruh kencing dulu.. tapi tetap jugak kencing malam..hai laa.. hehe.. kadang2 suami atau saya yang akan kejut kan bangun kencing..tp ade hari-hari yang kita penat letih..terlajak tidur sampai terlupa nak kejut kan..alamat nyaa basah lah tilam..terfikir jugak apa yang anak-anak sekecil ini bermimpi yer?? adakah sejuk yang menyebabkan mereka kencing malam?? sekarang nie baru terpikir nak cari alternatif lain untuk elakkan anak dari kencing malam.. 




Hasil daripada blogwalking...ramai yang memberikan tip atau petua untuk mengelakkan anak dari kencing malam..salah satunya adalah.. Dengan menyediakan ramuan lebah. Perahkan sedikit limau nipis diatas sudu kecil bercampur dengan madu lebah dan suruh anak minum. Amalan ini perlu dilakukan pada setiap hari sebelah pada dan sebelum tidur. Mudah-mudahan anak kita nanti akan berhenti kencing malam atau sekurang-kurangnya kencing dia akan pada sebelah malam akan berkurang sehingga dia pandai control sendiri .

Selain dari itu adalah berikhtiar dengan mengurut labu betis anak sebelum tidur. Teknik adalah urutan menaik menggunakan apa-apa minyak urut seperti minyak gamat atau minyak tuna.

Antara cara yang di sarankan oleh Blog DrZubadi :-

1. Pastikan anak-anak tidak meminum air yang terlalu banyak sebelum tidur.
    (yg ni anak-anak ku semua mmg kuat minum air..camno)

2. Patikan anak-anak akan ke bilik air dulu untuk kencing malam
    (mmg ade pergi kencing sebelum tidur..tp still lagi kencing)

3. Berikan penghargaan apabila anak-anak berjaya mengelakkan kencing malam
    (bila anak ku tak kencing..mmg sgt2 puji dia..sbb berjaya)

4. Anak-anak boleh di minta bertanggungjawab ke atas tabiat di lakukan dengan membantu
    ibu bapa mengeringkan tilam dan menukar cadar. 
    
5. Latih lah anak-anak untuk menahan kencing untuk beberapa jam, agar pundi kencing 
    mereka dapat menahan di waktu malam. 
   (mmg berlatih setiap hari)

6. Terdapat beberapa sistem alarm yang dijual difarmasi bagi membantu kanak-kanak ini 
    bangun untuk kencing malam
    (belum lagi nak fikir beli sistem alarm,biar suami dan saya yg menjadi alarm)


Setelah banyak membaca tentang bagaimana mengatasi anak mengalami masalah kencing malam..saya patut lebih pratikkan apa yang diberi.. mudah-mudahkan tidak lagi hari-hari jemur toto..basuh selimut..hehe.. InsyaAllah..kita hanya berusaha..tuhan yang memberi.. 

Selingan :- Oh..saya juga memberi anak-anak saya vitamin tambahan daripada SHAKLEE iaitu Meal Shake , chewable vita c, Omega Guard.. Semua nya perkembangan otak, kecergasan dan kesihatan anak-anak..

Nak dapatkan jugak...


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Noor Syafinaz
♥ sms/whatsApp: 016-6154992
♥ Emel: effinaz_07@yahoo.com.my
♥ Fb: www.facebook.com/vitaeffinazshope


Wednesday, 12 November 2014

Bengkel Nutrisi bersama Shaklee

Assalammualaikum kawan-kawan.Sihat di harap semua sihat yer. Terlebih dahulu nak mohon maaf jika tersalah kata dan bahasa herheh...Maaf juga kerana lewat share dengan kawan2 tentang kelas nutrisi yang diadakan pada 9/11/2014 di Hq shaklee..sebab kan ada audit factory sepanjang minggu ini di opis tu yang tak publish lagi entry nie.. :))








Serius saya cakap Bengkel Nutrisi nie memberikan satu pegalaman dan ilmu baru pada saya. Bayagkan tidak sampai 10 minit saya duduk..saya telah dipilih untuk memperkenalkan diri dan bagaimana saya boleh terlibat dengan shaklee. Pilihan itu sendiri jatuh pada saya bila music berhenti dan hadiah tersebut ada ditangan saya. Tahu tak hati saya bagaimana?? Saya sangat berdebar-debar sebab dah hampir sembila tahun kut..sejak habis kolej dulu tak bercakap dengan org ramai cam nie dengan pegang mic.. OK saya kuatkan hati juga utk kedepan..dan dgn confidentnya saya bercerita dan cakap..tah dari mana datangnya kekuatan itu..ooh mungkin saya bawak anak..jadi saya nak anak saya melihat saya berani berdepan gan orang ramai..

Yang datang ke bengkel nie bukan sahaja untuk Distributar jer..yang dah ade pangkat dalam shaklee semua ada..Ye dalam bengkel saya pegi nie ada jugak seorang MASTER, MASTER AZLIN..haa kan..dah jadi master pun still jugak menghadiri bengkel seperti ini..mencari, mengorek,mengali selagi boleh..apa tah kita yang masih baru nie kan..rasanya perkataan WAJIB mmg kene pergi kelas2 yang ada untuk menambah lagi ilmu..kan..okey..kita share apa yang saya belajar di dalam bengkel nutrisi tu.. 

Dalam shaklee kita kena tahu apa falsafah shaklee..falsafah shaklee adalah Sentiasa Selamat,Sentiasa berkesan dan Sentiasa Mesra alam. 

Saya nak share serba sedikit tentang produk shaklee secara ringgas..apa yg saya belajar dlm bengkel nutrisi..satu-satu produk..wah banyak tuu.. :)))

1.Advance Joint Health Tablet 
 Memberikan mafaat kepada sendi dalam 3 cara iaitu melalui    
    - Ekstrak Boswellia 
    - Menyokong Keselesaan sendi   
    - Tulang rawan 
    - meningkatkan kesan kusyen    
    - Vitamin C,Tembaga,zink dan mangan
    - memelihara tulang yg sihat    

2. Shaklee collagen Powder
 di ektrak dari sisik ikan merah
 memberi sumber kolagen premium tahan lasak dan membekalkan RDD kolagen 4000mg kolagen
 Mempunyai jisim molekul serendah 1000 dalton bagi penyerapan unggul
 kebaikan kolagen untuk badan yang paling utama adalah ANTI PENUAAN, MENGEMBALIKAN KEANJALAN,MENCERAHKAN,MENEGANG

3. ESP Soy Protein Isolate Powder
 Tidak di ubah secara genetik
 RENDAH indek Glisemik dan sesuai untuk pesakit diabetes.
 sumber protein ESP adalah sebanyak 14g protein
 Tanpa laktosa secara semula jadi.
 mengandungi 9 jenis asid amino

4. Meal Shake 
 Merupakan minuman yang sihat dan berkhasiat
 Mengandungi 19vitamin dan mineral
 sumber terbaik untuk sihat
 kaya dengan kalsium
 Glycemic index yang rendah
 sangat sesuai untuk kanan-kanak dan semua peringkat

5. Performance drink
 Membantu penghidratan sempurna dan mengekalkan tenaga
 Elekrolit yg terdapat dlm Performance adalah sodium,potasium dan magnesium berfungsi   untuk mengekalkan keseimbangan cecair badan.
 Karbohidrat yg ada adalah glukos dan fruktos yg berfungsi membekalkan tenaga serta 
    merta dan Maltodekstrin yang membekalkan tenaga berpanjangan.

6. Nutriferon
 Menguatkan sistemimum dengan menggalakan penghasilan INTERFERON semulajadi 
    dalam badan
 Dalam 50 tahun, terdapat 2 haluan dalam penghasilannya pendekatan secara 
    farmaseutikal dan perdekatan secara semulajadi.

7. CorotoMax 
 Mengandungi 6 jenis karotenoid penting iaitu    
    Astaxanthin  
    Alpha Corotene   
    Beta-Carotene   
    Lycopene   
    Lutein  
    Zeaxanthin
❑ Tinggi dlm antioksida dan membantu anti penuaan,kesihatan mata

8. Sustained Release Vita C Plus
 Di ekstrak daripada KANJI JAGUNG
 Kekal didalam badan selama 5 jam dan dilepaskan perlahan-lahan seperti memakan 1 1/2 biji oren dalam satu jam

9. Vita E Complex 
 Membekalkan Vitamin E dan Selenium semulajadi.
 Mengandungi antioksida yang kuat bagi melindungi dari kerosakan oksidatif dan kerosakan tisu kulit.
 Kajian menunjukkan Vitamin E selenium dapat meningkatkan SPERM.

10. Vita-Lea Iron Formula
 Membekal 28 jenis vitamin dan Mineral
 Teknologi salutan Micro asid folic berpaten membantu dalam pembebasan segera 
    di dalam perut utk meningkatkan penyerapan asid folic dan vitamin B yang membantu 
    menghasilkan dan mengekalkan SEL BARU.

11. B Complex 
 Sistem penyerapan Bioaktif berpaten utk meningkatkan penyerapan asid folik. 
 Mengandungi 8 jenis vitamin B yg lengkap

12. GLA Complex 
 Asid lemak Omega 6 tak tepu
 Minyak Borage mempunyai kepekatan GLA yang paling tinggi berbanding tumbuhan lain.

13. Omega Guard 
 Istimewa kerana melalui proses penyulingan proprietari TIGA MOLEKUL
 3 Kapsul Omega Guard membekalkan 990mg EPA dan DHA
 EPA/DHA merupakan OMEGA 3 yang paling penting dalam dalam minyak ikan.
 sgt sesuai untuk perkembangan otak kanak-kanak

14. LECITHIN
 Bantu menyerap nutrien larut lemak
 Menyokong kesihatan kardiovaskular
 Mengawal berat badan

15. Alfalfa
 Akar alfalfa memanjang 6cm ke dalam untuk menyerap vitamin dan mineral. 
 Setiap hidangan alfalfa Complex mengandungi 300mg kalsium bersamaan segelas susu.
 Berfungsi sebagai detox

16. Herb Lax
❑ Mengandungi campuran proprietari DAUN SEMA
❑ Merupakan JULAP lembut untuk kegunaan sekali-sekali
❑ Membantu masalah sembelit,PENYAHTOKSIN badan, KURUS beras badan

17. Garlic Complex

 Mengekalkan komponen semulajadi ALISIN yang mempunyai pelbagai manfaat.
❑ Menggabungkan Garlic,Spearmint &Rosemary bagi meningkatkan lagi kuasa antioksida
❑ mengekalkan masalah kolestrol

18. Peppermint Ginger-Plus
❑ Menggunakan formulasi 4 jenis herba unik
❑ Bahan semulajadi PUDINA & HALIA 
❑ membuang angin lebihan dlm usus

19. Zink Complex 
❑ Miningkatkan imum sistem,luka cepat sembuh
❑ Bagi kesuburan lelaki,sperma mengandungi konsentrasi Zink yang paling tinggi.
❑ mengurangkan masalah mati pucuk

20. Cinch Shake & Cinch Tea
 Campuran proprietari yang ditambah dengan Leusina
 Membekalkan 24g protein, memelihara tisu otot,meningkatkan Thermogenesis dan   
    memberi rasa kenyang
 Cinch Teh merupakan teh eksklusif dengan teh hijau,Roibos merah & putih.Mengandungi 
    antioksida yg boleh meningkat metabolisma

21) Ostematrix
 Kekurangan kalsium di dalam badan boleh mengakibatkan:
     Kekejangan otot
     Insomnia
     Gigi rosak
     Osteoporosis
     Pertumbuhan terbantut
 Shaklee Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium, vitamin D, boron, mangan,
    tembaga dan zinc
 Kajian menunjukkan kalsium Ostematrix diserap sepenuhnya selepas 12 jam pengambilan
 Ostematrix membekalkan:
     1000 mg kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang
        tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi
     400 mg magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta 
       menguatkannya
     400IU vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium


22) CoQHealth Plus
 Fungsi utama Coenzyme Q10 ialah menguatkan otot jantung dan menjaga tahap
    kolesterol dalah darah (mencegah penyumbatan pada sel darah)
 Jumlah tertinggi CoQ10 terdapat di dalam organ jantung
 CoQHealth Plus daripada Shaklee sangat istimewa kerana mengandungi Coenzyme Q10, 
    vitamin E dan ekstrak green tea
 Coenzyme Q10 mempunyai kebaikan seperti  Jantung yang kuat dan sihat dan 
   Menguatkan otot jantung

23) VIVIX
 VIVIX yang mengandungi resveratrol dan 15 polifenol adalah 10x ganda lebih hebat 
   daripada resveratrol sahaja
 4 ramuan utama VIVIX:
   - Polygonum Cuspidatum - Anti-penuaan, anti-radang, anti-kanser
   - Anggur Muscadine - Kaya dengan resveratrol, polifenol asid alergik (menentang
     pertumbuhan sel-sel kanser), antioksidan
   - Elderberry Eropah - Antioksida yang kuat, antibiotik semualajadi, anti-inflamasi yang kuat
   - Lobak Ungu - Antioksidan, anti-radang, anti-mikrobial dan anti-karsinogen
 Resveratrol merupakan agen anti-penuaan yang paling kuat dari alam semulajadi
 Anggur Muscadine mempunyai kuasa 40x ganda daripada anggur biasa
 Kajian menunjukkan polifenol asid alergik bantu dalam mengelak kanser
 VIVIX membantu melawan proses penuaan secara selular melaui 4 mekanisma


Ok ade 23 jer lah yer produk shaklee..nak taw lebih detail klik pada entry tajuk-tajuk berkenaan.. mmg panjang kan kalu nak cerita semua produk..  

Saya sangat-sangat berterima kasih pada MASTER NUR ZAHIRAH..beliau lah galak kan saya menyertai bengkel nutrisi ini..dan dia juga yang sponser ke bengkel ini..kalu tak mmg saya tak kan pergi..sebab mempunyai beberapa halangan.. Bersyukur sangat kerana ira memberi saya semangat dan galakan.. 


 
tu la gift yang saya dpt masa kena kenalkan diri tu..gabra ooo...

Nie peneman saya masa hari tu..sib baik la dia temankan..saya sorang jer..tak kenal sape2 pun kat situ..siap dpt kertas gan pensil colour lagi..heheh

      yeah!! dah habis..!!dah dapat sijil..InsyaAllah akan datang lagi untuk mencari ilmu..


Perlukan produk dari shaklee..or perlukan pendapatan lebih untuk keluarga..boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut..

Noor Syafinaz
♥ sms/whatsApp: 016-6154992
♥ Emel : effinaz_07@yahoo.com.my
♥ Fb: www.facebook.com/vitaeffinazshope