Tuesday, 15 July 2014

Anak-anak Ramadan Ku

Assalammualaikum..

Anak Kedua dan Ketiga ku adalah anak Ramadan..

Anak kedua dia beri nama Ammar Muazzam bin Abdul Malek..Lahir pada 14ramadan 14 Ogos 2011.. pada pukul berapa..(tak ingat..bleh..hehe).. dan buat pertama kalinya bersalin melalui pembedahan..(Maafkan mama kerana tidak mampu untuk lahirkan ammar secara normal)..sungguh sedih time tu.. ermm nak ceritakan balik rasa payah untuk mengenangkan kembali waktu bersalin kan ammar.. dari malam sampai ke pagi baru lah ammar berjaya keluar dengan pembedahan.. itu pun dengan tiada tangisan.. haa.. cuak jgk..siap tanya nurse dah keluar ke belum baby.. dengan separuh sedar aku tanya nurse.. selepas selesai aku ditolak semula dan sekilas aku terpandang seorg bb yang nurse pegang dihujung sana..bb tu nurse tongkeng2 kan..dan pas tu aku tak tahu apa yang jadi.. Yer..ammar lemas ketika hendak bersalin..sebab hampir 6 7 jam tidak keluar dari bawah..akibat doc lambat bagi keputusan untuk dibedah..ammar lemas..Emergency ke OT.. dan kali kedua aku di wad dengan tidak berteman kan baby.. huhu.. selama hampir semgu jugak lah ammar berada di dalam NICU bertemankan mama..Mama pun teman kan ammar..untuk diberi susu badan..merasa jgk tidur di dalam NICU..at least setiap waktu pegi tgk ammar yang penuhi wayar2 ..Alamdulillah.. Setiap hari perkembangan ammar positif..Ammar tidak lama di dalam NICU cuma seminggu..Sanggat terharu ammar dapat bertahan..

Dan sekarang ammar dah genap berumur 3 tahun pada 14 ramadan dan 14 ogos akan dtg.. sangat2 lasak.. banyak bercakap.. banyak akal.. kadang2 geram dibuatnya..hehe..tapi mama akan sabar walau macam mana pun.. sebab ammar sekarang semua nk papa buatkan..taknak mama buatkan..even nak tukar pempers..hehe.. kalu papa takde terpaksa dengar semua cakap mama..mama kan garang..hehe..

Ammar Muazzam Bin Abdul Malek


Anak ketiga ku Perempuan yang di beri nama Nur Aleya Nazirah binti Abdul Malek..lahir pada 10 ramadan 20 july 2013..juga dilahir kan melalui pembedahan.. Mula-mula aku decide untuk bersalin secara pembedahan sebab aku taknak terjadi seperti ammar.. tapi doc suggest aku boleh bersalin secara normal.. sebab anak sulung ku bersalin secara normal.. jadi yang no 3 doc suruh aku try dulu secara normal.. kalu still jugak tak boleh baru dilakukan secara pembedahan.. tp aku pesan kat doc yang aku tidak mahu terlalu lama secara normal sekirannya baby tak boleh keluar..terus saja buat secara pembedahan.. Mungkin nafas ku pendek aku juga tidak mampu untuk mengeluarkan nya..hanya doc,aku dan tuhan je tahu bagaimana keadaan ku di masa itu.. telah beberapa jam..doc melihat keadaan aku, doc decide untuk melakukan pembedahan..dan aku terus disiap sedia dan emergency di hantar ke bilik OT.. semasa pembedahan dilakukan...dalam separa sedar aku terpandang di siling yang kelihatan seperti cermin.. nmpk seperti perut ku dibelah2..wuhuhuhuhu...nak nangis.. Alhamdulillah baby berjaya di keluarkan tanpa sebarang masalah.. setelah baby dibersihkan dan aku pun telah dibersihkan.. aku di bawa ke wad bersama-sama baby.. Ya Allah bertapa gembiranya kerana ini adalah pertama kali aku berada bersama baby di dalam wad.. anak yang pertama dan kedua tidak bersama ku di dalam wad.. Baru ku tahu dugaan bersama baby di dalam wad bagaimana..dengan keadaan kita yang tgh sakit tidak boleh bangun..terpaksa bagi baby susu dan tukar lampin.. nurse cuma hanya tolong mandikan sahaja.. tp aku gagahkan diri jgk.. Alhamdulillah aku dan baby tidak lama hanya beberapa hari di hospital..

Dan sekarang Adik aleya dah genap 1 tahun pada 10 Ramadan dan 20 july nti..Gigi pertama adik aleya tumbuh atas pada usia 9 bulan dan genap setahun dah laju berjalan..

Nur Aleya Nazirah Binti Abdul Malek


Anak-anak mama semua membesar dengan sihat..sungguh cepat masa berlalu..mama mesti akan rindu anak-anak mama di waktu kecil..

Anak-anak Bertuah saya.. Nur Arissa Nazurah , Ammar Muazzam , Nur Aleya Nazirah


No comments:

Post a Comment