- Buah-buahan dan sayuran mungkin tercemar. Penggunaan baja sintetik dan racun perosak mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.
- Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan.
- Gangguan penyerapan zat makanan di dalam tubuh berlaku akibat pengambilan alkohol, minuman keras dan antibotik.
- Amalan diet yang tidak sihat seperti pemgambilan kafein berlebihan,lemak, kolesterol, gula dan garam telah mengurangkan simpanan mineral dan menggangu penyerapan mineral.
- Gaya hidup masakini dengan kehidupan yang mencabar, sibuk dan stress menyebabkan kurangnya penjagaan diri dan mengakibatkan masalah kesihatan.
- Kurangnya penyediaan makanan sihat di rumah dan gemar makanan segera yang tinggi kandungan MSG merupakan penyumbang kepada masalah kesihatan.
- Persekitaran yang tercemar dan immunisasi yang lemah akibat kekurangan mineral dan vitamin telah menyebabkan diri mudah dihinggapi penyakit.
Seandainya anda mengambil supplement bagi penyusuan, anda hendaklah faham bahawa vitamin bukanlah salah satu cara untuk memperbanyakkan susu ibu. Vitamin diambill bagi memastikan tubuh ibu menyusu sentiasa sihat,bertenaga, cergas dan bersemangat. Secara langsung mampu membekalkan susu ibu kepada si manja.
Kejayaan penyusuan adalah bergantung kepada kesihatan ibu. Konsep asas penyusuan perlu difahami terlebih dahulu iaitu:-
LEBIH KERAP SI MANJA DISUSUKAN atau LEBIH KERAP SESI PERAHAN SUSU maka LEBIH BANYAK SUSU IBU DIHASILKAN. Pengambilan vitamin akan memberi kesan yang ketara dalam dunia penyusuan sekiranya anda memenuhi keperluan dibawah dengan penuh displin dan konsisten.
- Si ibu kerap menyusukan bayi secara langsung atau bagi ibu yang bekerja, sesi perahan yang konsisten setiap 3 jam ayau lebih dari itu sehingga payudara benar-benar kosong.
- Si ibu memastikan pengambilan air seimbang dan secukupnya setiap hari iaitu tidak kurang dari 3L sehari dan memastikan tidak berdiet dalam menjayakan penyusuan lengkap buat si manja.
- Si ibu juga digalakan mendekatkan diri dengan Pencipta semi memastikan keseimbangan keperluaan rohani dan jasmani dititikberatkan. Bagi muslim, doa dan zikir sangat di galakan bukan hanya semasa membuat sedi perahan atau sedang menyusukan bagi tetapi menjadikan amalan rutin agar mudah mencapai gelombang alfa iaitu ketenangan supaya penyusuan dapat berlangsung dengan lancar.
DI 016-6154992
SYAFINAZ 1084535