Saturday 7 February 2015

Info Permakanan Kanak-kanak

Pemberian makanan kanak-kanak di usia satu hingga enam tahun adalah sesuatu yang mencabar. Namun begitu, pemberian makanan berkhasiat perlu bagi kanak-kanak di usia begini untuk memenuhi keperluan tenaga dan nutrien yang semakin meingkat bagi mencapai tumbesaran dan perkembangan yang sempurna.

KEPERLUAN NUTRIEN
Berikan anak anda pelbagai jenis makanan daripada 5 kumpulan makanan berikut untuk memastikan anak mendapat cukup nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran.

1. Bijirin dan hasil bijirin
    Bijirin dan hasil bijirin seperti nasi, roti, mee membekalkan tenaga kepada anak anda. 
    Jumlah tenaga harian yang perlu dibekalkan bagi kanak-kanak yang berumur 1-3 tahun
    ialah 980 kkal bagi lelaki dan 910 kkal bagi perempuan. Manakala kanak-kanak berumur 
    4-6 tahun memerlukan tenada harian sebanyak 1340 kkal bagi lelaki dan 1290 kkal bagi 
    perempuan. 

2. Buah-buahan dan sayur-sayuran
    Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber vitamin dan mineral serta serat. Beri 
    anak anda makan buah dan sayuran setiap hari 


3. Ikan, ayam,daging dan kekacang
    Makanan ini tinggi protein, zat besi dan zink. Berikan anak anda makanan ini setiap hari 
    atau sekerap yang mungkin untuk memenuhi keperluan harian.


4. Susu dan hasil ternusu
    Susu dan hasil ternusu adalah disarankan pengambilannya kerana ia kaya dengan
    sumber PROTEIN, KALSIUM dan nutrien lain. Beri kanak-kanak minum sesu sebanyak 1 
    hingga 2 cawan (200 - 400ml) sehari. Jenis susu yang sesuai di berikan kepada kanak-
    kanak adalah susu tepung penuh krim, susu UTH, susu sejat dan 'fermented milk'.


5. Lemak / Minyak
    Hidangan harian anak anda perlu mengandungi cukup kandungan lemak kerana ia 
    diperlukan untuk penyerapan vitamin larut lemak iaitu vitamin A,D,E dan K. 


Sedikit perkongsian dari saya..tak kira apa yang kita bagi makan kepada anak-anak pastikan ianya seimbang dan berkhasiat untuk anak anda. Makanan yang dapat memberi kecergasan dan kepintaran anak-anak perlu di titik beratkan. Daripada permakanan lah kita perlu jaga bagi menjamin kesihatan keluarga terutamanya pada anak-anak kerana mereka memerlukan metabolisma yang tinggi untuk membesar secara sihat. 

Perlukan makanan tambahan untuk anda,keluarga dan anak anda?

Noor Syafinaz
♥ sms/whatsApp: 016-6154992
♥ Emel : effinaz_07@yahoo.com.my
♥ Fb: www.facebook.com/vitaeffinazshope








No comments:

Post a Comment